OVA PRODUCTIONS SDN.BHD.

Sejarah Penubuhan

          OVA Productions Sdn.Bhd. telah didaftarkan sebagai syarikat Sendirian Berhad pada 5 April 1995 dengan berbekalkan nilaian asset OVA Productions (Enterprise) dahulu sebagai modal berbayar. Para anggota pengarahnya terdiri En.Sokhibul Fadil bin Sabikin (60 %), En.Zainuddin bin Karman (30%) dan En.Mohammad Asri bin Ibrahim (10%). Pengekalan nama OVA diteruskan memandangkan ianya ada kaitan hutang piutang OVA Productions yang perlu dijelaskan. Pengekalan nama OVA itu adalah singkatan perkataan Orental Vision Audio bermaksud Visi Suara Timur.
         
Salinan IC pengarah OVA
          Objektif penubuhan OVA Productions Sdn.Bhd. untuk tahun pertama mesti berjaya mengurangkan sekurang-kurangnya separuh dari beban hutang, serta bercita-cita membentuk rangkaian pemasaran baru.

Pada waktu yang sama semua produk terdahulu yang berimej ‘kearqaman’ mesti dihapuskan termasuklah hal penukaran kulit album, pengkoleksi keluaran dalam bentuk baru, mendaftar hal-hal copyright, membuat perjanjian artis, penukaran identiti dan imej persembahan artis serta memperbanyakkan usahasama dengan pihak luar.
         
          Untuk meneruskan urus niaga yang dijalankan, OVA Productions Sdn.Bhd. menghadapi beberapa masalah seperti terpaksa menghentikan perniagaanya dalam beberapa bulan, mengurangkan kakitangan, memindahkan pejabat operasi niaga, perlantikan anggota pengarah baru, membuat beberapa pinjaman kepada individu tertentu.

          Pada 30 Ogos 1996 setelah genap setahun beroperasi sebagai syarikat Sendirian Berhad , syarikat telah berjaya menyelesaikan sebahagian masalah hutang piutang yang ditanggungnya dulu. Dengan kejayaan tersebut maka Lembaga Pengarahnya bersetuju untuk menukar nama OVA Productions Sdn.Bhd. kepada Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. atas alasan agar pertukaran nama ini membuktikan bahawa kesediaan syarikat mengikuti Era Arus Perdana yang dikehendaki oleh pihak kerajaan terhadap bekas-bekas ahli Al Arqam serta membantu kerajaan untuk merealisasikan wawasan Perdana Menteri menjelang tahun 2020. Insya ALLAH
Antara Tajuk Album yang telah di'copyright' oleh
OVA Productions Sdn.Bhd.

Senarai Nama-Nama Pengedar Kaset
OVA Productions Sdn.Bhd.

Form 49 - OVA Productions Sdn.Bhd.

Borang B
Pertukaran nama OVA  PRODUCTIONS SDN.BHD. kepada PERMATA AUDIO PRODUCTIONS (M) SDN.BHD.