CV. AFA NADI PERMATA (Indonesia)

Sejarah Penubuhan
         
Dalam usaha meluaskan bidang pemasaran keluar Malaysia, syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. telah melantik rakan kongsi beliau di Indonesia iaitu Bapak Murdiyanto untuk mewujudkan sebuah syarikat di Indonesia atas nama CV. AFA NADI PERMATA

CV. AFA NADI PERMATA  bertanggungjawab menguruskan hal operasi niaga syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. di Indonesia. Satu Perjanjian Copyright juga telah ditanda tangani pada 14 Julai 2003 bagi tujuan tersebut.

Sehubungan itu mana-mana pihak di Indonesia yang ingin berurusan dengan syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. memadai mereka berurusan dengan  CV. AFA NADI PERMATA (Indonesia).