PERMATA AUDIO PRODUCTIONS (M) SDN.BHD.

Sejarah Penubuhan
         
Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. telah didaftarkan sebagai syarikat Sendirian pada 30 Ogos 1996. Para Ahli Lembaga Pengarahnya iaitu En.Sokhibul Fadil bin Sabikin (60 %), En.Zainuddin bin Karman (30%) dan En.Mohammad Asri bin Ibrahim (10%). Sekalipun jamaah Darul Arqam telah diharamkan sejak Ogos 1994, namun syarikat ini tidak dapat lari dari kongkongan jamaah Arqam. Ini kerana 98 % pekerjanya adalah bekas Ahli Arqam. Justeru itu pada setiap bulan tarbiah berkaitan agenda Arqam sering diadakan sehinggalah syarikat ini diarah melantik 2 orang Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif baru sebagai wakil ‘orang yang ditua-tuakan’ oleh Al Arqam iaitu En.Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Rahim Pfrothen) dan En.Zainal Abidin bin Yusof.

Asakan dan pemantauan pihak keselamatan Malaysia terhadap bekas-bekas Arqam termasuk syarikat yang dikendalikan oleh bekas ahli Arqam telah menyebabkan Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. menyuluh hakikat bahawa Arqam telah diharamkan. Justeru itu beberapa pekerja dan Ahli Lembaga Pengarah sering dihantar bagi mengikuti siri Pemurnian Aqidah yang dianjurkan oleh pihak kerajaan terutama Pusat Islam dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd  terpaksa akur atas saranan kerajaan agar sebahagian stok album yang bercirikan Arqam mesti dimusnahkan dan dibakar. Sekalipun saranan tersebut agak zalim namun ada hikmah tersembunyi dimana Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. sering mendapat sokongan dalam menguruskan perniagaannya. Ini termasuklah dalam menengahkan artis ke peringkat yang lebih global. Beberapa perjanjian telah dimenterai dikalangan artis yang bernaung pada syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd, begitu juga ramai syarikat rakaman seperti EMI, NSR, FMC berminat untuk berkerjasama dalam operasi yang dijalankan oleh Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd.

Untuk itu semua hal pengurusan dan bidang usaha Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. telah di’legal’kan. Produk-produk album telah didaftarkan ‘Copy Right’ dengan pihak MACP dan kerajaan. Dalam pada yang sama Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. juga telah berjaya menubuhkan anak syarikatnya di Indonesia iaitu PT. OVA Swara Timur yang diketuai oleh Bapak Mujiburrizal dengan pejabat operasinya di Bandung dan Jakarta Selatan. Keunggulan Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. terus meningkat dengan harta yang dimiliki melebihi RM 1 juta serta merancang untuk membeli sebuah bangunan 4 tingkat di Manjalara Kuala Lumpur.

Pada 1997 hingga tahun 1998 dunia dilanda kegawatan ekonomi, sekalipun Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. cuba mengharungi, namun ‘badai’ yang melanda terus menerjah, namun takdir menentukan. Waktu itu syarikat terpaksa menanggung hutang sejumlah RM 394,094.82 (tempoh berakhir 31.03.1998). Lebih memburukkan bila mana sebahagian para pelanggan gagal menjelaskan hutang mereka sekitar RM 240,429.98 manakala anak syarikat PT OVA SWara Timur di Indonesia di monopulasi oleh bekas Arqam di Indonesia.

 Usaha-usaha melalui khidmat peguam juga gagal memulihkan Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. menyebabkan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa membuat keputusan membubarkan syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. berkuat kuasa pada 30 September 1998 diwaktu itu hutang semasa syarikat berjumlah RM 297,400.46 (tempoh berakhir 31.06.1998) termasuklah nilaian asset terbeku & terbiar, Hutang pada ‘creditors’, tuntutan mahkamah (hal KWSP & Bangunan) serta penyelewengan yang berlaku di syarikat. Syarikat juga menanggung risiko atas pembelian sebuah bangunan di Manjalara bernilai RM 1.2 juta.

Dalam resolusi pembubaran syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. pada 30.06.1998 dan perbincangan dengan Ahli Lembaga Pengarah pada mesyuarat terakhir 24.09.1998 telah memutuskan untuk membahagikan segala Harta dan Tanggungan kepada 3 Ahli Lembaga Pengarah yang memegang ‘syer’ iaitu :

En.Sokhibul Fadil bin Sabikin (60 %) mengambil alih pengurusan  Studio & Peralatan Pentas dan syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd.,

En.Zainuddin bin Karman (30%) mengambil alih pengurusan  Pemasaran & Copyright serta syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. dan

En.Mohammad Asri bin Ibrahim (10%) mengambilalih pengurusan  hal artis & Publishing dan syarikat Permata Audio & Music Publishing (M) Sdn.Bhd.


Antara Surat berkaitan 'pendaftaran hakmilik produk' yang dibuat oleh
Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd.


Surat Perjanjian penyerahan hak 'copyright' kepada syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd.

Penyata Royalti Artis

Difahamkan pembayaran Royalti NadaMurni dibuat melalui MAKSI Sg.Serai, dan jumlah pembayaran bergantung jumlah album yang laku terjual. Tunggakan royalti diatas (mungkin) tertunggak, disebabkan pelanggan masih berhutang dengan OVA, menyebabkan OVA tak mampu bayar royalti tersebut.