NADI PERMATA (M) SDN.BHD.

Sejarah Penubuhan

Selepas Arqam di haramkan oleh kerajaan Malaysia Ogos 1994, banyak rangkaian urus niaga Arqam yang dijalankan tanpa daftar dengan Pendaftaran Syarikat (ROB / ROC) telah berlumba-lumba untuk mendaftarkan syarikat mereka. Namun demi imej niaga dan jamaah, mereka lebih menyukai daftar dengan ROC bertaraf Sdn.Bhd. Justeru itu OVA Productions Sdn.Bhd. juga tidak lari dari hasutan tersebut, terutama bagi mengelakkan perkataan OVA itu sendiri. Sekalipun telah dijelaskan bahawa OVA adalah Orental Vision Audio bermaksud Visi Suara Timur  tetapi ramai masyarakat tetap menganggapnya Odio Video Al Arqam. Maka Ahli Lembaga Pengarah OVA Productions Sdn.Bhd. memikirkan perlu agar nama syarikat OVA Productions Sdn.Bhd. ditukar. Maka pada 05 Julai 1996 mereka telah mendaftarkan sebuah syarikat lain atas nama Nadi Permata (M) Sdn.Bhd.

Perkara ini dirujuk kepada pimpinan Ustaz Asaari bin Mohammad iaitu pengasas Darul Arqam, beliau tidak merestui dan mencadangkan buat syarikat atas nama Permata Hati. Agak malang nama Permata Hati gagal didaftarkan. Nama yang diluluskan oleh ROC ialah Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. bagi menggantikan nama OVA Productions Sdn.Bhd. Atas tindakan tersebut syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. yang didaftarkan pada 05.07.1996 telah tidak berperanan apa-apa, terbiar dan sepi sehinggalah pembubaran syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. pada 30.06.1998

 Semasa pembubaran syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. pada 30.06.1998 telah menimbulkan kembali syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. untuk diserahkan kepada En.Zainuddin bin Karman dengan syarat beliau bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut :

1.    Bertanggungjawab menyelesaikan hutang piutang berkaitan syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. berjumlah RM 178,330.00
2.    Bertanggungjawab ke atas apa jua tuntutan hutang piutang serta urusan yang berkaitan dengan Unit Pemasaran.
3.    Bertanggungjawab menyelesaikan masalah kenderaan-kenderaan syarikat samaada yang berkaitan tuntutan insuran atau Institusi Kewangan (Finance)
4.    Bertanggungjawab untuk bersama dalam menyelesaikan masalah Bangunan di alamat No.25 Jalan 3/62A, Bandar Manjalara, 52200 Kuala Lumpur.
5.    Bertanggungjawab atas tuntutan Setiausaha Syarikat MCR Management Services berjumlah lebih RM 10,000.00 termasuk denda kelewatan menghantarkan Laporan Tahunan & Kewangan Syarikat.

Sebagai imbalan di atas persetujuan tersebut, maka segala Hakcipta & Hakmilik Album menjadi milik syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. Maka bermula 31 Julai 1998 En.Zainuddin bin Karman telah menjalankan operasi perniagaannya melalui syarikat Nadi Permata (M) Sdn.Bhd. setelah persetujuan melalui pementeraian Perjanjian Penyerahan Hakcipta & Hakmilik Album serta Pemasaran syarikat Permata Audio Productions (M) Sdn.Bhd. dicapai.


Form 49 Asal

Form 49 Terkini

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan selain penerbit album